cursor

Friday, 3 July 2015

Tazkirah Jumaat

السلام عليكم..جمعة مباركة Jom kita semua Perbanyakkan selawat keatas Rasulullah صلى الله عليه وسلم Imam Abu Daud dan selainnya meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihiwasallam bersabda: إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي، فقالوا: يا رسول الله، وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت، قال: إن الله تبارك وتعالى حرم على الأرض أجساد الأنبياء صلى الله عليهم. Maknanya: "Hari-hari kamu yg terbaik adalah hari jumaat, maka perbanyakkan Berselawat ke atas aku di saat itu kerana selawatkamu akan dipamerkan kepada aku, lalu sahabat bertanya :Wahai Rasulullah bagaimana selawat kami akan dipamerkan kepadamu sedangkan kamu akan hancur?. Baginda bersabda sesungguhnya Allah Taala mengharamkan tanah bumi memakan jasad-jasad para Nabi". Dan diriwayatkan oleh Imam al-Sakhawi dan selainnya bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam bersabda: "مَنْ صلّى عليَّ عَصْرَ يومِ الجُمُعَةِ ثمانينَ مرّةً غَفَرَ اللهُ لهُ ذنوبَ ثمانينَ عامًا" Maknanya: "Sesiapa yg berselawat lapan puluh kali pada waktu asar di hari jumaat maka Allah mengampuni dosa2nya lapan puluh tahun". Antara lafaz Selawat ke atas Nabi yg disarankan membacanya pada hari jumaat adalah Selawat al-Mikyal al-Aufa, dan lafaz Selawat al-Mikyal al-Aufa adalah seperti yg diriwayatkan oleh Imam Daud dari Nabi : اللهُمّ صلِّ على محمدٍ النّبي وأزواجِه أُمّهاتِ المؤمنينَ وذُرّيتِه وأهلِ بيتِه كمَا صَلّيتَ على ءالِ إبراهيمَ إنّكَ حَمِيدٌ مجيدٌ Marilah kita semua mengambil kesempatan ini utk perbanyakkn berselawat dgn brpegang teguh dgn Akidah Ahlissunnah Waljama'ah syarat ditrima semua amal ibadah kita. Berkata saidina Ali Radiallahu anhu: Adalah Allah Ada Tanpa Bertempat dn selpas diciptakn Tempat Dia ttp sediakala tanpa bertempat-Abu Mansur Al baghdady kitab Al farq bainal firaq. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: "لاتَبْكُوا عَلَى الدِّيْنِ إِذَا وَلِيَهُ أَهْلُهُ وَلَكِنْ ابْكُوا عَلَيْهِ إِذَا وَلِيَهُ غَيْرُ أَهْلِهِ". Maksudnya: "Jangan tangisi agama ini jika ia diuruskan oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ia diuruskan oleh orang yang bukan ahlinya". [Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Thabarani]. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: "إِذَاوَسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتِظَرِ السَّاعَةَ" Maksudnya: "Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kebinasaannya". [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Ayuhlah sahabat2 ku. Pertahankan Akidah,Syariat Dan Akhlak dlm diri,keluarga n Masyarakat dgn ilmu agama yg diambik secara Talaqqi n Sanad dengan mengikut aliran Salaf, Khalaf, Asyairah n Maturidiyyah agar selamat dunia n akhirat. Inilah antara Akidah Para Nabi,Sahabt n Ulama2: "Maha Suci Allah Dari Berhajat Kpd Sekalian MakhlukNya, WujudNya Tanpa Berarah,Bertempat & Bermasa" Say Yes To ASWJ Salaf, Khalaf, Asyairah & Maturidiyyah! Say No To Wahhabi, Syiah, Hizbuttahrir, Khawarij, Qadyani, Qubrusi, Haqqani dll Facebook : Alwi Al-Bakaniyy / Ustaz Haji Ahmad Hafiz / ar-rifaie islamic studies centre. Disediakan oleh: Al-Faqir Ust Haji Ahmad Hafiz B. Haji Mohd Alwi Al-Bakaniyy. Pengasas dan Pengetua Pusat Pengajian Islam Ar-Rifaie Ahlussunnah Waljamaah Seksyen 9 Shah Alam Selangor.

No comments:

Post a Comment